Ucapan Selamat Datang

Selamat Melayari Blog Saya.

Monday 6 June 2011

CIRI-CIRI ANAK KEPERLUAN KHAS

1. Tidak dapat mengenalpasti, memahami atau membezakan perkara asas      
     berdasarkan kategorinya. contohnya anjing, kucing, ayam adalah haiwan, seluar, 
     baju, stokin adalah pakaian, merah, biru adalah warna dan lain-lain.
2. Tidak dapat berkomunikasi dgn baik. Penyebutan patah perkataan tidak jelas,
    sukar untuk  mencari perkataan yang mengekspresikan perasaanya atau 
    kemahuannya.
3. Sukar memahami atau memberi respon kepada dua atau lebih arahan dalam satu 
     masa. Contohnya: Ikmar ambil pemadam itu dan berikan kepada cikgu.
    Ambil pemadam 1 arahan, berikan kepada cikgu arahan ke 2.
4. Tiada perasaan. Tidak menunjukkan keterujaan, ingin tahu, keseronokan dalam kebanyakan perkara atau situasi.
 
 
5. Sukar untuk memegang benda-benda kecil, membutang baju.
7. Sukar memegang pensel dan gunting dengan betul.
8. Sukar melakukan aktiviti memanjat, membaling-menyambut bola,     
    menendang-menahan bola, berbasikal,  melompat, berjalan lurus atau   
     berlari.
9. Sukar memberi fokus pada satu-satu perkara.
10. Mengelak untuk berinteraksi dgn org lain. tidak mahu berkawan.
11. Bermasalah dalam pengurusan diri seperti mencuci tangan, memakai 
      baju dan membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil.
 
Ciri-ciri ini adalah secara general saja. Biasanya berlaku pada usia yang tidak sepatutnya. Contohnya anak sudah berumur 6 tahun namun kemahirannya masih pada tahap umur 3 tahun. 
 
DAN APA YG PERLU DILAKUKAN???
1. Berjumpalah dengan doktor pakar untuk pastikan samada anak itu betul2 bermasalah atau sebaliknya. Ini perlu bagi menentukan anak itu ada masalah pembelajaran atau pendengaran atau kedua-duanya.

6 comments:

  1. Anak anugerah Allah.Setiap seseorang itu ada kelebihannya.

    ReplyDelete
  2. Untuk berhadapan dengan anak-anak berkeperluan khas, kita perlukan banyak kesabaran. Hanya Allah saja yang dapat membalas apa yang kita lakukan pada mereka.

    ReplyDelete
  3. Berikan sepenuh perhatian kepada mereka.

    ReplyDelete
  4. saya memang salute pada ibu bapa yang mempyi anak istimewa..bukan mudah membesarkan seorang anak..apatah lgi apabila dianugerahkan anak istimewa..hanya Allah yg mengetahui nya..

    ReplyDelete
  5. anak istimewa anugerah Tuhan...mereka istimewa dalam cara merka tersendiri

    ReplyDelete
  6. sesiapa yang mempunyai anak istimewa seperti ini, sesungguhnya menerima ujian yang hebat daripada Allah s.w.t. Insyaallah, akan mendapat ganjaran istimewa jg daripada Allah.

    ReplyDelete