Ucapan Selamat Datang

Selamat Melayari Blog Saya.

Saturday 16 July 2011

Aktiviti-Aktiviti Murid Program Pendidikan Khas Integrasi 2

Mendengar penerangan sebelum demonstrasi memberus gigi dimulakan

Cuba mengaplikasikan teknik-teknik memberus gigi yang betul setelah melihat demonstrasi yang ditunjukkan


Berbaris sebelum memulakan aktiviti


Suasana hujan sewaktu perkhemahan


Mempraktikkan cara-cara membuat simpulan tali


Bersemangat untuk memasang khemah bersama-sama rakan


Gembira menjadi pemenang dan menerima hadiah. Terima kasih, cikgu!


Jamuan di KFC


Seronoknya menikmati KFC beramai-ramai. Jangan lupa baca doa sebelum makan ye.


Sebelum main petanque, kita perlu mendengar penerangan dahulu


Jom kita main petanque


Wednesday 13 July 2011

Aktiviti-Aktiviti Murid Program Pendidikan Khas Integrasi

Murid-murid PPKI SK Seri Tunjong bersedia untuk perbarisan acara balapan dan padang.

Beraksi dalam acara lontar peluru

Pengalaman menunggang kuda sewaktu sesi terapi berkuda




Tuesday 12 July 2011

Sinopsis : Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik

Dalam meniti arus kemodenan dalam penyampaian pendidikan adalah wajar kita mengaplikasikan pendidikan berdasarkan ICT. Penggunaan komputer umpamanya membuatkan subjek Matematik itu lebih menarik dan memudahkan penyampaian. Perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer sedikit sebanyak memberi impak positif terhadap pencapaian objektif di dalam proses P&P. Sebagai pendidik, kita wajar memudahcarakan penyampaian dengan menjadikan komputer sebagai penyampai daripada media untuk menarik minat murid mengikuti proses P&P. Namun, tidak dinafikan hak guru sebagai tutor di dalam kelas yang berperanan mengupas semula serta membincangkan topik secara berdepan dengan murid.

Dalam pengajaran Matematik, komputer boleh berperanan untuk penghasilan bahan kurikulum, latih tubi, ulang kaji, simulasi, pengiraan, alat bantu mengajar, pemulihan dan pengayaan. Kenyataannya, ada di dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Fankhousel pada tahun 1993, Handerson and Landersmen pada tahun 1992, Chazan pada tahun 1988, Mc Coy pada tahun 1991 dan Al-Ghamdi pada tahun 1987. Menurut keputusan kajian diakui bahawa pelajar yang menggunakan komputer dalam mata pelajaran Matematik mempunyai sikap lebih positif, serta berkeupayaan menyelesaikan masalah. Perisian komputer juga akan dapat membantu pelajar memahami konsep Matematik dengan lebih mudah. Dalam aktiviti berkumpulan, kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Di dalam pengajaran Matematik menggunakan komputer antara kaedah yang digunakan ialah penggunaan spreadsheet, multimedia dan internet. Penggunaan spreadsheet ini boleh dipilih oleh guru untuk pengenalan kepada pengajaran menggunakan komputer. Multimedia pula adalah medium menarik yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Penggunaan internet pula ialah rangkaian komputer yang tinggi dan profesional.

Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam pendidikan akan mewujudkan masyarakat yang berpandangan jauh, berwawasan serta berteknologi. Impak penggunaan komputer membolehkan proses P&P dapat dijalankan dengan menarik dan melahirkan pelajar yang lebih berkeupayaan untuk mengkaji dan memodenkan cara belajar supaya tidak ketinggalan dengan arus zaman.

Tuesday 7 June 2011

Peranan Komputer Dalam Pendidikan Matematik

http://josie653.tripod.com/
Dipetik daripada Jurnal htpp:// josie653.tripod.com 
Disediakan oleh:


Unit Matematik MPKTBR


Pengenalan
Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).

Pengajaran Berbantukan Komputer
Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum matematik juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini
( Fatimah & Munirah, 1995; PPK, 1993; Nik Azis, 1989 ). Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );
1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer
2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data seperti memproses data penyelidikan
    serta memproses perkataan
3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti pengaturan murid 
    serta  pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

Komputer Dalam Pendidikan Matematik
Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih seabad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Al Ghamdi, 1987; Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :


  • pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
  • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan
  • Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara
  • Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Kelembapan dan kebantutan perkembangan CAI dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun 70 an hingga 80 an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang sedikit, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer yang rendah dan tidak kurang juga kebimbangan dan kurang keyakinan di kalangan pendidik ( PPK, 1993 ). Walau bagaimanapun keadaan tersebut telah berubah, di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kementerian untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer.
Dalam pendidikan matematik, komputer boleh berperanan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut
i. Penghasilan Bahan Kurikulum
ii. Latih Tubi
iii. Tutorial
iv. Ulangkaji
v. Pemulihan dan Pengayaan
vi. Simulasi
vii. Pengiraan
viii. Alat Bantu Mengajar
ix. Tutee

Penggunaan spreadsheet
Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik. Kajian-kajian yang telah dijalankan mencadangkan berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam pengajaran matematik ( Janet, 1988; Lim, 1995; Fatimah & Munirah, 1995). Ada juga kajian yang mencadangkan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan kesilapan konsep tentang sesetengah konsep matematik ( Catterall and Lewis, 1985 dalam Fatimah & Munirah, 1995 ). Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan speadsheet dalam pengajaran matematik sementara menunggu pakej CAI yang sesuai.

Penggunaan multimedia
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi ( Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah multimedia boleh;


1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.
2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik.
3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan
4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar
5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali


Penggunaan Internet
Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet.
Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah tentang matematik. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Bagi guru matematik, terdapat beberapa kumpulan diskusi eletronik yang dapat disertai secara percuma. Antaranya; IMSE-L dan MATHEDCC. Selain daripada diskusi eletronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran , khususnya dalam bidang matematik ( Zoraini, 1995; Lee, 1996 )
Beberapa tajuk yang boleh diperolehi dari WWW :


  • Global Network Navigator - Mathematic
  • Math Section
  • Mathematics - Singapore Min of Education
  • Math Launchpad
  • Mathematics Archives - K12 Internet Sites
  • K-8 dan K-12 Mathematics Education
  • Math and Numbers
  • The Math Forum
  • Ask Dr Math
  • Math Archives
  • Internet Math Class
  • Forum Guru dan Pelajar - TM School On Line
  • Nota dan Soalan Latihan ( UPSR, PMR dan SPM ) - TM School On Line

Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang berkesan maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk
memperkenalkan Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS, Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam perlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan telah 


  1. menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan
  2. melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan
  3. merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkankemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat.

Penutup

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.

 


Monday 6 June 2011

CIRI-CIRI ANAK KEPERLUAN KHAS

1. Tidak dapat mengenalpasti, memahami atau membezakan perkara asas      
     berdasarkan kategorinya. contohnya anjing, kucing, ayam adalah haiwan, seluar, 
     baju, stokin adalah pakaian, merah, biru adalah warna dan lain-lain.
2. Tidak dapat berkomunikasi dgn baik. Penyebutan patah perkataan tidak jelas,
    sukar untuk  mencari perkataan yang mengekspresikan perasaanya atau 
    kemahuannya.
3. Sukar memahami atau memberi respon kepada dua atau lebih arahan dalam satu 
     masa. Contohnya: Ikmar ambil pemadam itu dan berikan kepada cikgu.
    Ambil pemadam 1 arahan, berikan kepada cikgu arahan ke 2.
4. Tiada perasaan. Tidak menunjukkan keterujaan, ingin tahu, keseronokan dalam kebanyakan perkara atau situasi.
 
 
5. Sukar untuk memegang benda-benda kecil, membutang baju.
7. Sukar memegang pensel dan gunting dengan betul.
8. Sukar melakukan aktiviti memanjat, membaling-menyambut bola,     
    menendang-menahan bola, berbasikal,  melompat, berjalan lurus atau   
     berlari.
9. Sukar memberi fokus pada satu-satu perkara.
10. Mengelak untuk berinteraksi dgn org lain. tidak mahu berkawan.
11. Bermasalah dalam pengurusan diri seperti mencuci tangan, memakai 
      baju dan membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil.
 
Ciri-ciri ini adalah secara general saja. Biasanya berlaku pada usia yang tidak sepatutnya. Contohnya anak sudah berumur 6 tahun namun kemahirannya masih pada tahap umur 3 tahun. 
 
DAN APA YG PERLU DILAKUKAN???
1. Berjumpalah dengan doktor pakar untuk pastikan samada anak itu betul2 bermasalah atau sebaliknya. Ini perlu bagi menentukan anak itu ada masalah pembelajaran atau pendengaran atau kedua-duanya.